BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 4, 2009

10 tanda-tanda kiamat besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". H.R Muslimi
Keterangan Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  • Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  • Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  • Gempa bumi di Timur.
  • Gempa bumi di Barat.
  • Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
    Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

22 tanda kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya, 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah. 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sunday, October 25, 2009

Sahabat Perut

Tahukah anda bahawa minyak zaitun mampu menurunkan risiko radang n kanser perut??
Dalam satu penelitian yg diterbitkan oleh Journal Agriculture & Food Chemistry di Sepanyol,
mendapati salah satu antioksida yang terkandung didalam minyak zaitun boleh membunuh
8 jenis bakteria Helicobacter Pylori,
penyebab terbesar radang perut yg menyebabkan kanser perut.

Monday, October 12, 2009

pEpaTAH mElaYU

Bak kt pepatah ggl skli x brerti kt gagal slamanya.
kggln la yg akn mngjr kt erti kejayaan..
dr kggln juga kt akn bngkt untuk berjaya.
So, bl kt mnmph kggln bngkt la untk brjy..
Allah akn sntiasa mmbnt hamba-Nya yg berusaha...=)




Saturday, October 3, 2009

Kwn,SaHaBat,TemAN

Aq prcy korunk msti ade at least sorg kwn yg plg rpt ngan korunk kn??
sronok kn bl de sorg kwn yg plng rpt ngan kt sbb kt leh kongsi semua prkr ngan die..
Tp kn aq nk tny pe pndpt korunk tntg erti kwn,shbt n teman??

Bg aq kn kwn...Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan.

Sahabat lak mempunyai mksd yg lbh mndlm dr kwn krn seorg shbt sanggup mmbntu kt ktk senang or susah n x kn tngglkn kt ktk kt dlnd mslh.

Teman sm gak mksdnye ngan shbt n kwn cm mksd lbh mndlm dr shbt.
seorg teman snggup brsm kt slamanye
Dia akan menemani kt dikala susah dan kesepian,menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kt.

cAra mNghiLangKAN rAsa SEdih n KeceWA

Aq de trbc dlm st artikel cara nk hlngkan rs sedh,sengsara n kecewa.
rmai kt bl dorunk cb wat brksn ar gak.
Jom kt tngk pe cr2nye..

1.Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan , cita-cita , keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

2.Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa kt pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Risau mnjdkn kt selalu sedih, kecewa n kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri utk mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang kt ada, ape2 je! Misalnya, ucap syukur sbb kt masih ada 5 deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), ada kawan rapat yang memahami dan mempunya hanphone kesayangan. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda.
Ketahuilah, kt akn selalu rasa sedih n kecewa kerana x dpt memaafkan kesalahan diri sndr di masa lalu ataupun x memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kt satu ketika dulu, ataupun… susah menerima hakikat perbuatan salah orang, yangmembuat kt sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
ni bkn ktw yg dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan kt rs gmbr. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar korunk boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan korunk boleh ketawa? Come on…laugh is not too difficult.right??

6. Ubah Fikiran
kekadang kita x boleh nk ubh situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. hehe...Walaupun perkara tidak berpihak kepada kt, cari cara bagaimana kt boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir prkr yg baik2 je kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Antrnye rezeki murah dan segala yang baik-baik akn datang sendiri pada kt. Kt gak akn jd pe yang kt selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan kt boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kt dp masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kt lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kt x sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kt.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

So,pe g ..pe kt bl rs sdh n kecewa cb amlkn tips2 diats..
SELAMAT MENCUBE..=D

Wednesday, September 30, 2009

^o^

sok da msk bln 10..
huh..skjp je ms brlalu..huhu
next week mid-term exm..
mid-term pwn kn wat btl2 sbb carry marks tok final..
so,kn ar study btl2 kl ni..hoho..^o^